Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata,
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya disitu,
jangan meluru ikut tunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan mana sekalipun,
biar orang kenal..Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu;
simpan secebis malu;
kerana malu itu sebahagian daripada iman.
No comments:
Post a Comment