Followers

Tuesday 19 April 2011

?????

salam..lama tak tulis kat blog..
tak tahu nak tulis apa...
sekarang dah bulan jamadil awal....
pastu jamadil akhir..rejab..syaabann..
then ramadhan..
puasa tak habis ganti lagi...
so..sekarang kena habiskan ganti puasa..
tinggal puasa 14 hari..dah ganti 6 hari...
so baki ada lagi 8 hari..
semalam dah start puasa..
niat dihati nak puasa direct..except hari jumaat...
sabtu sambung balik...huhuhuhu
moga2 cepat habis...
pastu baru boleh fikir pasal baju raya...
baju umi, abah, nabilah n naimah...
hehehehe...

Monday 11 April 2011

Nota Jahitan Pakaian Kanak2....

hari ni duk usha2 nota jahitan kanak2...mcm nak start menjahit balik jerk...
sempat ke????hehehe...
bila tengok nabilah n naimah pakai baju yang baru siap diupah..cantik sgt...
itu yang tiba2 excited nak belajar menjahit pakaian kanak2....
so..hari ni duk usha2 nota jahitan...
insya-Allah.. nanti umi jahit sendiri baju untuk nabilah n naimah..
kakak..abang..tolong bagi sokongan ye..hihihi

Friday 8 April 2011

Sempurnakan Wudhu' Anda..tazkirah hari ni

Tuntutan wuduk secara sempurna membolehkan solat penuh khusyuk


DARIPADA Nu'aim bin Abdullah katanya, dia melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang kelak pada hari kiamat bercahaya-cahaya wuduknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas yang wajib, lebihkanlah." (Hadis riwayat Muslim)

Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wuduk dan wuduk yang sempurna membolehkan seseorang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.

Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu seperti berikut:

  • Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."

  • Ketika membasuh muka, berniatlah: "Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan mukaku ini."

  • Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah: "Ya Allah, berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini."



  • Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah: "Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini."

  • Ketika membasuh kepala, berniatlah: "Ya Allah, lindunglah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu."

  • Ketika membasuh telinga, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini."

  • Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah: "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim."

  • Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah: "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat."

    Berwuduk tidak saja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat tetapi kita juga disarankan supaya berwuduk apabila hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wuduk dapat menggugurkan dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah.

    Daripada Umar bin al-Khattab katanya: "Ada seorang lelaki berwuduk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi SAW. Disebabkan itu Baginda bersabda yang bermaksud: "Ulang kembali wudukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya." Orang itu pun berwuduk kembali dan sesudah itu dia solat." (Hadis riwayat Muslim)

  • Wednesday 6 April 2011

    Tazkirah pagi Khamis..untuk renungan bersama...

    diambil dari blog lain untuk renungan bersama...
    KEIKHLASAN BEKERJA

    Dalam kehidupan, sering berlaku perkara yang tidak kita sangka. Malahan,
    perancangan dan jangkaan kita kadangkala tersasar dari realiti atau takdir yang
    dipersembahkan kepada kita. Hakikatnya, seandainya kita menghulurkan bantuan
    atau melakukan kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun
    yang membalasnya bukannya orang yang menerima bantuan atau kebaikan itu
    sendiri.

    Ingin dikongsikan di sini satu pengalaman seorang fasilitator latihan & motivasi
    semasa mengendalikan satu program di sebuah organisasi korporat. Apabila
    ditanya tentang harapan atau expectation pada pihak pengurusan atau organisasi
    tempat bekerja, salah seorang staf yang mengikuti sesi tersebut menyatakan; “Saya tidak mempunyai apaapa
    harapan terhadap organisasi ini.”
    “Mengapa?” balas fasilitator tersebut.
    “Dari pemerhatian saya, organisasi ini penuh dengan kaki bodek dan kaki ampu. Sedangkan orang yang
    bekerja secara ikhlas diketepikan, tidak dihargai dan tidak menerima ganjaran yang wajar. Saya bukan orang
    yang bermuka-muka. Saya tak pandai nak ampu-ampu bos atau orang atasan. Fokus saya kepada kerja
    sahaja.”

    Peserta berkenaan merupakan antara staf paling senior di organisasi tersebut. Pengalamannya di organisasi
    tersebut mencakupi puluhan tahun. Malahan, itu adalah kali terakhir dia mengikuti
    program latihan memandangkan beberapa bulan lagi beliau akan bersara.

    Semasa waktu rehat, sambil minum-minum, fasilitator tersebut bertanya kepada
    nya, “Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?”
    Tidak disangka soalan tersebut membawa keceriaan pada wajahnya. Staf
    tersebut menceritakan bahawa semua anak-anaknya sudah bekerja. Anakanaknya
    kini bertugas sebagai doktor, jurutera, dan pensyarah. Malah seorang
    anaknya telah menjadi hafiz. “Alhamdulillah semua anak-anak saya ‘menjadi’.

    Lantas fasilitator tersebut terpanggil untuk bertanya lagi, “Jika diberi pilihan,
    antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda
    dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”

    Dengan pantas beliau menjawab, “Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gaji
    atau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!”

    Jawapan itu membuatkan fasilitator tersebut tersenyum sambil berkata, “Sebenarnya keikhlasan dan
    kegigihan awak bekerja dalam organisasi ini telahpun mendapat ganjaran, tapi bukannya melalui kenaikan
    gaji atau pangkat, tapi melalui ganjaran yang lebih bermakna. Keikhlasan bekerja itu telah dibalas melalui
    kejayaan dan pencapaian anak-anak.”
    “Tidak pernah saya terfikir begitu,” kata beliau.
    “Ada kalanya takdir dan kejadian yang Tuhan persembahkan terlalu misteri dan rahsia
    untuk dijangkau oleh minda kita. Jadi kita perlu yakini, what you give, you’ll get back.

    Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan
    kembali kepada kita. Yakinlah.” ujar fasilitator tersebut.

    Terus staf tersebut bertanya pula “Maksudnya balasan atau ganjaran itu tidak
    semestinya datang terus daripada orang atau pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
    tanya staf tersebut.
    “Benar” jawab fasilitator tersebut.
    “Maknanya kebaikan itu saya lakukan di tempat kerja, tapi pembalasan Allah bukan
    melalui ganjaran pada pekerjaan saya, sebaliknya diberikan dalam rezeki kejayaan
    anak-anak & keluarga, begitukah maksudnya?”
    “Ya, sesungguhnya ketentuan Ilahi kadangkala terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad,
    siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ini dipanggil golden rule. Dalam contoh lain,
    4
    metafora atau analoginya begini, katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga
    lorong.

    Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi signal untuk masuk ke lorong kita.
    Kerana simpati melihat dia terkial-kial, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan
    kita. Kemudian kita teruskan perjanan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tibatiba
    kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang beri signal nak masuk ke lorong sebelah.

    Soalnya, logikkah
    kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita? Kereta yang kita
    bantu tadi tu pun dah jauh ke lain.”
    “Tapi susah nak harapkan kereta lain beri laluan” kata staf tersebut.
    “Benar, tapi tiba-tiba mungkin rezeki kita ada kereta yang beri peluang masuk ke lorong dia. Padahal kereta itu
    tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi tergerak hati pemandunya untuk memberi laluan pada kita. Orang
    yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita, tapi Allah gerakkan hati orang lain,
    yang tidak pernah merasai kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita yang terdahulu.

    Itu mungkin situasi di
    litar di jalan raya, tapi begitu jugalah keadaanya di litar kehidupan. Kita buat baik kepada A, tetapi kerapkali
    bukan A yang membalas kebaikan kita, tapi B atau C atau D atau pihak lain yang membalasnya.”
    “Jadi kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya staf itu lagi
    “Sesungguhnya, keikhlasan sebenar tidak mohon balasan. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa
    yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan
    dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun
    semula kepada pembalingnya.” tambah fasilitator itu.
    Staf tersebut merenung jauh, kemudian berkata “Selalunya saya dengar, keikhlasan
    kita balasannya di akhirat.”


    Fasilitator tersebut lantas berkata, “Itu balasan yang lebih besar dan kekal. Tetapi
    saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan
    hamba-Nya di dunia. Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan
    dalam hidup. Anak-anak yang soleh, isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling
    penting, hati yang tenang dan sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih
    tinggi dari pangkat, gaji dan jawatan.”
    “Tapi kenapa orang ikhlas sering diketepikan dan ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa,
    saya terfikir kenapa kaki ampu dan kaki bodek lebih beruntung dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat
    dan gaji besar!” kata staf tersebut.

    Respon tersebut membuat fasilitator itu tersenyum, “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan
    yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akan
    menyebabkan kesulitan dari segi lain. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. You get what you give you
    get.

    Malah golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita memberi
    kesusahan atau melakukan kejahatan kepada orang lain, kejahatan jugalah yang akan kembali kepada kita.
    Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri
    yang berpura-pura dan seumpamanya” terang fasilitator tersebut.
    “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki tempoh perkhidmatan yang tak berapa lama lagi ni?” tanya
    staf itu.
    “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun bos nampak, tetapi Allah Maha
    Melihat.

    Bekerja itu satu ibadah. Andaikan umpama God is the
    CEO. Insya’allah, satu hari nanti manusia akan diperlihatkan oleh
    Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti
    memberi kebaikan semata-mata kerana tidak dapat penghargaan.
    Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan
    yang kita buat kepadanya, kerana umumnya umumnya manusia
    tidak pandai berterima kasih.

    Lihatlah, kalau kepada Allah yang
    Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima
    kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
    berkala. Namun janganlah kita berhenti memberi hanya kerana
    tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih” kata
    fasilitator tersebut di akhir perbualan.
    Kesimpulannya, karma itu hakikat kehidupan. Kebaikan dan budi
    yang kita taburkan akan menyumbang kepada kehidupan yang
    lebih indah dan bermakna, dan membentuk masyarakat yang lebih
    mulia akhlaknya.

    Monday 4 April 2011

    Nabilah vs Naimah

    boringnye petang ni..so umi nak upload gambar anak2 umi

    farizan nabilah masa umo 2 hari

    hafizah naimah masa umo 1 hari

    nabilah & naimah tido.....

    nabilah kini..
    naimah kini.....

    kehadiran kalian dalam hidup umi dan abah menyerikan lagi kebahagiaan kami..
    Terima kasih abah, kak long dan adik...
    love u all always...

    

    Saturday 2 April 2011

    Petua Kebahagiaan dari Dr. Fadzilah Kamsah

    Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

    Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

    Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

    Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

    1. Doa yang berterusan.

    2. Patuh ajaran agama.

    3.. Murah dengan pujian.

    4. Murah dengan khidmat.

    5. Murah dengan belaian kasih sayang.

    6.. Murah dengan sentuhan.

    7. Mencari kebaikan pasangan.

    8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

    9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

    10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

    11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

    12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

    13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

    14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

    15. Tolak-ansur.

    16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

    17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

    18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

    19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

    20. Sanggup berkorban buat pasangan.

    21. Menghormati pasangan.

    22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

    23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

    24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

    25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

    26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

    27. Meletakkan hak kepada pasangan.

    28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

    29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

    30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

    31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .

    32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

    33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

    34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

    35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

    36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

    37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

    38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

    39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

    40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

    41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

    42. Sentiasa berterus terang.

    43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

    44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

    45. Elakkan salah pasangan.

    46. Cari titik pertemuan.

    47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

    48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

    49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

    50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

    51. Seimbangkan hubungan dari segi:

    (a) Mental, pendidikan dan ilmu

    (b) Emosi

    (c) Fizikal dan ekonomi

    (d) Sosial

    (e) Spiritual

    52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

    53. Tidak terlalu mengongkong.

    54. Tidak bertindak bersendirian.

    55. Memberi peluang untuk berbeza:

    (a) Pendapat atau pandangan

    (b) Hobi

    (c) Kegemaran

    (d) Makanan

    (e) Cita rasa

    (f) Warna pilihan dan pelbagai

    56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

    57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

    58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

    59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

    60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

    61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

    62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

    63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

    Penawar untuk dikongsi bersama..

    Surah Penawar yang Amat pendek dan mudah dihafal ~ Surah Al-Kautsar (cara bacaan dan khasiatnya)




    Cara Bacaan mengikut tajwid dlm bahasa rumi:
    Bismillahhirrohmanirrahim~
    innaaaa a'q thoinaaa kal kau sar
    fathol lilirob bikawan har
    Innnashaaa ni a ka hu al abtar


    Surah Al-Kautsar
    Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
    dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
    permata nan indah dan cantik.

    Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
    susu dan lebih wangi daripada kasturi.

    Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
    kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
    dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

    Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

    1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
    makbulkan doa kita.

    2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
    Insya'allah hilang dahaga.

    3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
    mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

    4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
    Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

    5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

    6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
    ketika menunaikan solat.

    7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
    s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
    tetapi dizalimi.

    Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

    P/S: apabila kita membaca doa dengan niat untuk mengubati dan mendapat khasiat ayat tersebut yakinlah sepenuh hati dan berharap bahawa ianya pasti akan dimakbulkan tuhan..Insyaallah,doa yang baik,pasti dimakbulkan.

    Sebenarnye setiap doa kita adalah doa yang dimakbulkan tuhan.berdoa harus dilakukan dengan ikhlas,sepenuh hati,dan pengharapan yang tinggi dan keyakinan yang tinggi bahawa Allah mendengar dan akan memakbulkan doa kita.Sekiranya kita mengikut tertib berdoa yang betul lagi bagus..tp dlm sesetengah keadaan sekalipun,apabila berdoa yakinlah bahawa doa kita akn termakbul,Insyaallah.

    Anniversary

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

    Farizan Nabilah berusia

    Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

    Hafizah Naimah sudah berusia...

    Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers